Farihan1909

Kiamat Dah Dekat Dah. Nauzubillah

Posted by: farihan1909 on: March 21, 2008

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
 
 
“Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.”
Baginda menyebutkan salah 1
diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”    

- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah…
  
 
2) Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang.” – Sahih Muslim~ dah nampak dah…

3) Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka”. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi� wanita” – Ibnu Majah~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik…    


 
 
 
4) Menghias masjid & membanggakannya.

“Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah…
 
 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.


“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam

tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…
 
 
 
 
 
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di
muka bumi, maka tiada yang tinggal
padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…    

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh
2 orang mulia” – Riwayat Thabrani~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysia pun ada….

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa…    

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda� telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian� wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)…

10) Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani~ tak caya gi tengok…


 
 11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah� yg popular skarang nie…


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.” -Riwayat Ahmad~ tengok kes peperangan Iraq…    

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai�” – Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji… Mina dah kene banjir…

5 Responses to "Kiamat Dah Dekat Dah. Nauzubillah"

TAKUTNYA BACA BLOG KAK AN NIE….

Takut Ke???
Beringat Sebelu Kena…!
Yang Penting, saling ingat mengingati…Kan?!
Thanks 4 ur comment…:)

ASSALAMUALAIKUM….
byk dah perkara yang kiter nmpak di depan mata kite tentang kiamat sudah dekat…
sekarang sepatutnya manusia perlu lbih bersedia dgn amal ibadat untk mengahadapi hari tersebut dgn penuh kesabaran dan istiqomah kepada ALLAH…

Assalamualaikum..
Awak, macam mana nak sedarkan ibu bapa yang tidak mendidik anak2 mereka ttg tali Allah? Namun anak itu sendiri sedar tetapi tidak berani untuk menegur. Namun si anak melakukan suruhan Allah itu. Dia ingin menyedarkan ibu bapanya bahawa kiamat semakin dan tersangat hampir. boleh bagi cadangan???

hai awak, aslammualaikum. mohon maaf sgt2 sbb sy x reply2 soalan awak. ini from my opinion ya. u as a anak, tgungjwb u utk mendoakan mrk. mhon byk2 dkt tuhan sntiasa dletakkn di landasan kebaikan. sy fhm sgt perasaan u sbb mcm x leh nak watpe .nak tegur, susahlahkan. sape kitekan. ibadah power sgt ke dunia akhirah??….sy fhm situasi tu. awak cuba lakukan mgikut kemampuan. jgn rasa segan atau malu untuk menunaikan ibadah dihadapan mereka.tetapi kuatkan semagat utk jdi lbih berani. lebih2 lagi kalau dpt pastikan ibadahtu berterusan. bukan blh bertebuk2 lubang. apapun, doa tu sbgai satu kekuatan. mudah2an hati mereka akn dbri hidayah dan berada di landasan yg benar…smg kita ditempatkan diklgn org2 y beriman,amin!

Leave a Reply

 

March 2008
M T W T F S S
    May »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Top Posts

  • None

Blog Stats

  • 479 hits
Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.

Top Clicks

  • None